Monday, September 22, 2008

Selamat Datang ke Kerinchi BASE TOWN

Assalamualaikum dan salam hormat.

Sempena menyambut kedatangan Syawal kali ini, sebuah pusat penjaja di kawasan Kerinchi / Pantai Dalam / Bangsar telah dibangunkan.

Pusat Penjaja yang dikenali sebagai Kerinchi BASE TOWN ini telah mula beroperasi pada awal Ramadhan dan aktiviti jual-beli kini sedang bergiat dengan rancak sekali. Kerinchi BASE TOWN membayangi Uptown Damansara, Uptown Shah Alam dan Danau Kota Downtown sebagai pusat untuk orang ramai membeli belah barangan luar butik dengan harga yang murah dan berpatutan.

Buat masa ini, Kerinchi BASE TOWN dibuka pada sebelah petang hingga pukul 3 pagi. Ayuh, datanglah segera sempena perayaan yang akan kunjung tiba. Mengapa perlu pergi tempat yang TERLALU sesak dan jauh sedangkan Kerinchi BASE TOWN ini hanya di pinggir Kuala Lumpur sahaja. Di samping menjimatkan minyak, anda juga dapat menjimatkan masa.

Terdapat juga gerai-gerai makan yang menyediakan pelbagai juadah. Kerinchi BASE TOWN yang serba lengkap!

Peta lokasi akan disediakan sedikit masa lagi dan bagi mereka yang ingin ke lokasi ini, Kerinchi BASE TOWN adalah digambarkan seperti berikut;
  1. Pintu Masuk Utama di Flat Sri Angkasa (Belok kiri di simpang pertama)
  2. Jika anda dari Federal Highway, sila belok ke simpang Kerinchi dan jalan terus hingga ke hujung jalan (simpang tiga). Seterusnya belok kiri dan anda akan menjumpai pintu utama Flat Sri Angkasa (refer no 1)
  3. Lokasi Flat Sri Angkasa ialah di belakang ANGKASAPURI
  4. Jika dari New Pantai Highway, sila ke arah Pantai Hill Park (dan refer no 1)

Mari Mari Mari ! Raya Setahun Sekali !!!